Tuesday 8 October 2019

MAJLIS KHATAM AL QURAN TAHUN 6 2019


9 OKT 2019 - Majlis Khatam Al Quran murid tahun 6 tahun 2019 berjalan dengan lancar pada hari ini. Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Yuzaimi Bin Yassin. Sempena dengan majlis khatam al Quran pada kali ini murid-murid dihadiahi senaskhah al Quran sumbangan penderma. Semoga murid-murid dapat menjadikan bacaan al Quran sebagai amalan yang berterusan dalam kehidupan mereka. 
»»  read more

Monday 2 September 2019

MAJLIS RESTU ILMU 2019


3 SEPT 2019 - Majlis Restu Ilmu 2019 untuk murid tahun enam calon UPSR 2019 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Majlis ini lebih bermakna dengan kehadiran ibubapa yang sentiasa memberi sokongan padu kepada program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Turut hadir menjayakan majlis ialah Encik Noramat Bin Jusoh, YDP PIBG SK Seri Bandi 2 dan juga Encik Wan Ahmad Bin Wan Embong, Pegawai Perhubungan Sekolah.  
»»  read more

Wednesday 28 August 2019

BOLA TAMPAR PEREMPUAN BAWAH 11


28 Ogos 2019 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola tampar perempuan bawah 11 SK Seri Bandi 2 kerana mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan bola tampar sempena Karnival Pembangunan Sukan Bola Tampar MSSD Kemaman tahun 2019. Pertandingan ini telah berlangsung di gelanggang bola tampar SK Ibok Kemaman.
»»  read more

Tuesday 27 August 2019

TAHNIAH PASUKAN BOLA TAMPAR SESDI


27 Ogos 2019 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola tampar lelaki SK Seri Bandi 2 kerana mendapat tempat ke tiga dalam Karnival Pembangunan Sukan Bola Tampar MSSD Kemaman Tahun 2019. Pertandingan ini telah diadakan di gelanggang bola tampar SK Ibok Kemaman.
»»  read more

Tuesday 6 August 2019

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2019


6 OGOS 2019 - Pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan 2019 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dataran Gemilang SK Seri Bandi 2. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Encik Noramat Bin Jusoh, YDP PIBG SK Seri Bandi 2. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini antaranya ialah pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, kuiz kemerdekaan, pakaian beragam dan sebagainya.
»»  read more

Friday 19 July 2019

KEM KECEMERLANGAN 2 UPSR 2019


19 JUL 2019 - Selama dua hari murid tahun enam SK Seri Bandi 2 telah menyertai Kem Kecemerlangan 2 UPSR 2019 yang berlangsung di Mayang Sari Beach Resort, Dungun. Murid tahun enam diberi pendedahan format soalan-soalan UPSR yang akan mereka duduki pada awal bulan September nanti.
»»  read more

Thursday 4 July 2019

NAIB JOHAN BERCERITA TAHAP 1


4 JUL 2019 - Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Naufal Bin Mazlan kerana berjaya muncul sebagai Naib Johan dalam pertandingan bercerita tahap 1 sempena Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kemaman 2019 yang berlangsung di SK Ayer Puteh pada hari ini.
»»  read more

Wednesday 19 June 2019

TAHNIAH PASUKAN BAHAS SESDI 2019


19 JUN 2019 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bahas SESDI kerana berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen peringkat Negeri Terengganu 2019. Pertandingan ini berlangsung di SK Sura, Dungun. Pasukan SK Seri Bandi 2 telah diwakili oleh Muhammad Khairul Afif Bin Mohd Hairil, Norbahiyah Najwa Binti Abu Sufian dan Nur Nabilah Binti Mohd Muliandy.
»»  read more

Tuesday 18 June 2019

MAJLIS PERSARAAN GPK KO

 18 JUN 2019 - Majlis Persaraan Puan Fatimah Hamzah GPK Ko Kurikulum telah berlangsung dengan meriahnya pada hari ini. Majlis persaraan dimulakan dengan perarakan beliau mengelilingi kawasan Seri Bandi sehingga ke sekolah dengan menaiki hilux serta diiringi kereta peronda polis. Beliau bertugas di SK Seri Bandi 2 bermula tahun 2012 sehingga bersara pada tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan selamat bersara kepada Pn Fatimah Hamzah. Jasamu tetap dikenang.
»»  read more

Thursday 2 May 2019

SAMBUTAN HARI GURU 2019


2 MEI 2019 - Warga SK Seri Bandi 2 mengadakan Sambutan Hari Guru 2019 pada hari dengan pelbagai aktivti. Sambutan peringkat sekolah pada tahun ini adalah bertemakan pakaian merah, hitam dan putih. Sambutan dimulakan jam 8.30 pagi dengan acara sukaneka yang melibatkan guru dan kakitangan sekolah. Seterusnya diadakan sambutan di Dewan Gemilang dengan bacaan perutusan Hari Guru dari Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu. Turut diadakan acara memong kek dan persembahan oleh murid-murid. 
»»  read more

Monday 29 April 2019

MOTIVASI PENGARAH JPNT


29 APRIL 2019 - SK Seri Bandi 2 menerima kunjungan dari Pengarah JPNT, Tuan Haji Shafruddin Bin Ali Hussin. Dalam kunjungan ini Tuan Pengarah sempat memberi sedikit motivasi kepada calon-calon UPSR pada tahun ini dan juga kepada ibubapa yang hadir dalam dialog guru dan ibubapa murid tahun 6. Pihak sekolah dan PIBG mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan pengarah hadir ke sekolah ini.
»»  read more

Thursday 11 April 2019

TAHNIAH KUMPULAN NASYID SESDI 2019


11 APRIL 2019 - Tahniah diucapkan kepada kumpulan nasyid Al Kauthar dari SK Seri Bandi 2 kerana berjaya meraih tempat ke-3 dalam pertandingan nasyid peringkat daerah Kemaman. Pertandingan ini telah diadakan di SK Kuala Kemaman, Kemaman.
»»  read more