Saturday 21 January 2017

KEM KEPIMPINAN 2017


21 JAN 2017 - Kem Kepimpinan SK Bandi 2 untuk  pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan juga ketua kelas serta penolong  telah diadakan pada hari ini bertempat di Pusat Sumber Sekolah. Kesemua peserta ini diberi pendedahan berkaitan tugas dan sikap yang perlu ada dalam diri seorang pengawas sekolah. Kem bermula jam 8.30 pagi dengan peserta menyertai beberapa LDK yang telah ditetapkan oleh urusetia. Di akhir kem para peserta mendengar ceramah motivasi berkaitan kepimpinan yang telah disampaikan oleh En Tajul Abidin Bin Abdullah PPD Kemaman.  
»»  read more

Tuesday 17 January 2017

BENGKEL FROGVLE FASA 1 2017


17 JAN 2017 - Bengkel FrogVLE Fasa 1 tahun 2017 untuk guru-guru SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini bertempat di Pusat Sumber Sekolah. Bengkel kali ini bertujuan memberi pendedahan kepada guru cara-cara membina soalan yang pelbagai bentuk menggunakan pelantar FrogVLE untuk diberikan kepada murid-murid. Turut didedahkan penggunaan aplikasi Frogplay  yang terdapat dalam FrogVLE kepada guru-guru.
»»  read more

Thursday 12 January 2017

PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2017


12 JAN 2017 - Pertandingan merentas desa 2017 peringkat SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini. Semua murid lelaki dan perempuan mengambil bahagian dalam pertandingan ini mengikut kategori masing-masing. Peserta larian dilepaskan oleh Guru Besar SK Seri Bandi 2 bertempat di padang sekolah. 
»»  read more

Tuesday 10 January 2017

BENGKEL FROGPLAY BRIGED BESTARI


10 JAN 2017 - Satu bengkel pengenalan kepada Frogplay, aplikasi terbaru di dalam FrogVLE telah diadakan untuk ahli Briged Bestari SK Seri Bandi 2. Bengkel ini bertujuan memberi kemahiran kepada ahli Briged Bestari sekolah cara menggunakan Frogplay yang terdapat di dalam FrogVLE. Mereka diharap akan menjadi pembimbing kepada murid lain yang akan menggunakan aplikasi ini nanti. 
»»  read more

Thursday 5 January 2017

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


5 JAN 2016 - Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Ceramah berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW dan sunnah-sunnah baginda telah disampaikan oleh guru-guru pendidikan Islam SK Seri Bandi 2.  
»»  read more

Monday 2 January 2017

PERSEKOLAHAN SESI 2017


1 JAN 2017 - Warga SK Seri Bandi 2 memulakan hari pertama sesi persekolahan 2017 yang bermula pada hari ini dengan suasana ceria. Turut serta  50 orang murid tahun satu yang memulakan alam persekolahan mereka di sini. Hari pertama persekolahan 2017 di mulakan dengan perhimpunan rasmi selama setengah jam.
»»  read more