Monday 20 November 2017

MAKAN MALAM MGKT 2017


20 NOV 2017 - Majlis makan malam anjuran MGKT SK Seri Bandi 2 tahun ini telah diadakan di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Ini merupakan jamuan akhir tahun bagi ahli keluarga guru dan kakitangan SK Seri Bandi 2. Dengan bertemakan merah dan hitam sambutan dari kalangan ahli yang hadir amat menggalakkan. Beberapa acara turut diadakan untuk memeriahkan lagi majlis makan malam ini.
»»  read more

Monday 13 November 2017

HARI ANUGERAH 2017


13 NOV 2017  - Hari Anugerah Bestari Terbilang kali ke 14 berlangsung pada hari ini dengan meriah dengan kehadiran ibu bapa yang meraikan kecemerlangan anak-anak mereka dalam pembelajaran.  Majlis ini berlangsung di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2 bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari.
»»  read more

Thursday 9 November 2017

LAWATAN KE MELAKA 2017


9 NOV 2017 - Program Pasca UPSR 2017 murid-murid tahun enam mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka pada tahun ini. Antara tempat yang dilawati ialah Zoo Melaka, Bandar Hilir dan lain-lain tempat yang menarik. 
»»  read more

Wednesday 8 November 2017

LAWATAN KE K. TERENGGANU 2017


8 NOV 2017 - Seramai 43 orang murid-murid tahap 2 telah mengadakan lawatan sambil belajar di Pusat Sains Dan Kretiviti Kuala Terengganu. Antara aktiviti yang dilakukan di pusat sains ialah melawat pameran keselamatan jalan raya anjuran Petronas.  Pada sebelah petang murid-murid mengadakan lawatan di Zootopia yang terletak di Gong Badak Kuala Terengganu.
»»  read more