Thursday 26 October 2017

MAJLIS KHATAM AL QURAN TAHUN 6


26 OKT 2017 - Majlis Khatam AL Quran untuk murid tahun enam SK Seri Bandi 2 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Seramai 53 orang murid telah khatam al Quran mengikut modul membelajaran al Quran di bawah program jQAF sekolah rendah. Di akhir majlis tersebut setiap murid tahun enam menerima senaskhah al Quran sumbangan orang ramai beserta dengan bunga telur dan nasi kunyit. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang memberi sumbangan untuk menjayakan majlis khatam al Quran pada hari ini.
»»  read more

Saturday 14 October 2017

HARI SUKAN NEGARA 2017


14 OKT 2017 - Warga SK Seri Bandi 2 turut serta menyambut Hari Sukan Negara 2017 bersama-sama warga Malaysia yang diadakan secara serentak pada hari ini. Hari Sukan Negara peringkat sekolah SK Seri Bandi 2 telah diadakan di padang sekolah. Antara aktiviti yang dilakukan pada hari ini ialah senam erobik, perlawanan bola jaring, bola tampar dan bola sepak.
»»  read more

Tuesday 10 October 2017

PROGRAM BUBUR ASYURA 1439H


10 OKT 2017 - Sempena bulan Muharram 1439 hijrah , program memasak bubur asyura telah dijalankan pada hari ini oleh warga SK Seri Bandi 2. Program ini merupakan program tradisi warga SK Seri Bandi 2 apabila tiba bulan Muharram. Warga SK Seri Bandi 2 beserta PIBG sekolah akan bergotong royong memasak bubur asyura yang akan diagihkan kepada semua warga sekolah. Turut diadakan ceramah berkaitan dengan negara palestin oleh NGO Aman Palestin cawangan Dungn.
»»  read more