Thursday 7 September 2017

MAJLIS RESTU ILMU 2017


7 SEPT 2017 -  Majlis Restu Ilmu 2017 untuk murid tahun enam yang bakal menduduki UPSR telah diadakan pada hari ini. Majlis ini turut melibatkan ibubapa dan penjaga murid tahun enam dan juga semua guru SK Seri Bandi 2. Majlis ini bertujuan mendapat keberkatan ilmu dari guru dan juga ibubapa dengan bermaaf-maafan dan menghalalkan ilmu yang disampaikan kepada murid tahun enam yang akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan. Slot sentuhan kalbu juga turut disampaikan oleh Ustazah Norlela Ibrahim sebagai motivasai kepada ibubapa dan juga murid sebelum menduduki peperiksaan UPSR nanti. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.

0 comments:

Post a Comment