Thursday 25 May 2017

DI AMBANG RAMADHAN 2017


25 MEI 2017 - Sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Kelab Kegiatan Agama SK Seri Bandi 2 telah menganjurkan program di ambang Ramadhan. Program ini diisi dengan ceramah berkaitan dengan bulan Ramadhan dan kewajipan berpuasa. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Abu Kasim Bin Ali bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. 
»»  read more

Tuesday 16 May 2017

SAMBUTAN HARI GURU 2017


16 MEI 2017 - Setiap tahun warga SK Seri Bandi 2 akan mengadakan sambutan hari guru pada 16 mei. Sambutan hari guru peringkat sekolah pada tahun ini telah melibatkan semua warga sekolah. Sambutan kali ini diadakan di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2 bermula dengan bacaan Surah Yaasin yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Anwar Bin Ramli. Seterusnya sambutan diteruskan dengan acara rasmi iaitu membaca perutusan sempena hari guru oleh pentadbir, nyanyian lagu tema hari guru 2017 dan Kami Guru Malaysia. Seterusnya acara memotong kek hari guru dan penyampaian cenderahati kepada setiap guru dan kakitangan sekolah. Turut diadakan sukaneka dan beberapa persembahan bagi memeriahkan hari guru tahun ini. Kehadiran Yang diPertua PIBG serta AJK PIBG juga telah memariahkan lagi suasana sambutan hari guru kali ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu dan organisasi yang terlibat bagi menjayakan sambutan kali ini.
»»  read more

Tuesday 2 May 2017

KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2017


2 MEI 2017 - Kem Bestari Solat Fasa 1 tahun 2017 SK Seri Bandi 2 berjaya dilaksanakan pada hari ini yang melibat semua murid tahun 1 hingga tahun 6. Kem ini bertujuan memantapkan ilmu solat kepada semua murid SK Seri Bandi 2. Kem ini bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5 petang dengan melibatkan semua guru bertindak sebagai fasilitator kepada murid. Murid-murid diuji tentang bacaan solat dan juga perlakuan solat. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan kem ini.
»»  read more