Monday 27 February 2017

AGIHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100


27 FEB 2017 - Agihan bantuan wang persekolah RM100 setiap murid yang layak telah dijalankan pada hari ini. Wang bantuan ini bertujuan meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan keperluan sekolah anak masing-masing. Ibu bapa murid yang layak telah hadir untuk menerima bantuan tersebut.
»»  read more

Sunday 26 February 2017

TAKLIMAT SKPMg2


26 FEB 2017 - Satu taklimat berkaitan dengan SKPMg2 telah dilaksanakan pada hari ini kepada guru-guru SK Seri Bandi 2. Taklimat telah disampaikan oleh Ph Hajah Noraini Bt Yaacob SIP Plus PPD Kemaman.
»»  read more

Saturday 25 February 2017

MILO PERCUMA


25 FEB 2017 - Warga SK Seri Bandi 2 mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah memberi minuman milo secara percuma pada hari ini kepada murid-murid SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Thursday 9 February 2017

CAKNA UPSR 2017


8 FEB 2017 - Satu perjumpaan guru tahun enam bersama dengan ibubapa murid tahun enam SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat. Perjumpaan ini bertujuan memberi penerangan dan taklimat kepada ibubapa berkaitan dengan program-program yang akan dilaksanakan untuk murid-murid tahun enam yang akan menghadapi peperiksaan UPSR 2017. Terdapat beberapa program yang dirancang  akan melibatkan ibubapa calon untuk turut serta menjayakan program tersebut. Penerangan dan taklimat telah disampaikan oleh Penyelaras UPSR En Shaiful Azli Bin Ramby. Sambutan dan kehadiran ibubapa calon dalam perjumpaan Cakna UPSR 2017 ini amat menggalakkan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang dapat menghadiri diri dalam perjumpaan Cakna UPSR ini. 
»»  read more

Wednesday 8 February 2017

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2017


8 FEB 2017 - Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sesi 2017 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SKSB 2. Majlis telah dirasmikan oleh Inspektor Mali Bin Wadjar dari IPD Kemaman. Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Sarjan Nurul Aizzat Nadiana dan En Noramat, YDP PIBG SKSB 2. Antara pengawas yang menerima watikah perlantikan ialah pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas briged bestari, pengawas SPBT, ketua dan penolong ketua darjah.
»»  read more

Monday 6 February 2017

PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017


5 JAN 2017 - Pelancaran Program Jom Ke Sekolah peringkat SK Seri Bandi 2 berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang. Program yang dilancarkan serentak di seluruh negara ini merupakan program Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) bertujuan memperkasakan kehadiran murid ke sekolah dengan menghindari gejala ponteng dan salah laku disiplin serta jenayah. Majlis pelancaran dimulai dengan nyanyian lagu patriotik, bacaan doa, bacaan ikrar dan bacaan beberapa perutusan sempena pelancaran program. Turut diadakan simbolik penyerahan peti aduan untuk membolehkan murid menulis aduan berkaitan kesalahan disiplin. Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh Sarjan Nurul Aizzat Nadiana dari IPD Kemaman. 
»»  read more

Saturday 4 February 2017

BENGKEL DIDIK HIBUR BIJAK SIFIR 2017


4 FEB 2017 - Murid-murid  tahun 6 SK Seri Bandi 2 turut menyertai Bengkel Didik Hibur : Bijak Sifir anjuran Yayasan Felcra Bhd. yang diadakan di Dewan SK Seri Bandi. Bengkel ini diadakan dari pukul 8 pagi dan berakhir jam 5 petang. Bengkel ini bertujuan memantap dan meningkatkan kemahiran murid calon UPSR 2017 dalam matapelajaran matematik. 
»»  read more