Sunday 27 March 2016

PELANCARAN TABUNG SAYANG DI SAYANG 2016


27 MAC 2016 - Hari ini berlangsung pelancaran Tabung Sayang di Sayang untuk membolehkan warga SK Seri Bandi 2 memberi sumbangan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Tajudin Bin Mohamad.
»»  read more

Wednesday 23 March 2016

HADIAH UTAMA NILAM 2016


22 MAC 2016 - Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bank Rakyat Chukai Kemaman di atas tajaan hadiah utama progam NILAM SK Seri Bandi 2 bagi tahun 2016. Hadiah sebuah basikal ini akan diberikan kepada murid yang paling banyak membaca dalam program NILAM 2016 SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Monday 21 March 2016

CERAMAH KESELAMATAN ELEKTRIK


22 MAC 2016 - Program ceramah keselamatan elektrik untuk murid sekolah telah diadakan pada hari ini oleh TNB Terengganu bertempat di Dewan SK Seri Bandi 2. Ceramah ini telah disampaikan oleh En Abd Aziz Bin Abdullah, Jurutera Keselamatan TNB Negeri Terengganu. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada TNB Negeri Terengganu kerana memilih SK Seri Bandi 2 untuk mengadakan ceramah tentang keselamatan elektrik kepada murid SK Seri Bandi 2. 
»»  read more

TERIMA KASIH ABANG MILO


22 MAC 2016 - Terima kasih kepada syarikat MILO kerana memberi minuman milo secara percuma kepada warga SK Seri Bandi 2 pada hari ini.
»»  read more

Sunday 20 March 2016

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2016


20 MAC 2016 -  Tahniah diucapkan kepada kontijen SK Seri Bandi 2 yang telah berjaya mendapat 1 emas 4 perak dan 3 gangsa dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kemaman 2016 baru-baru ini. Secara  keseluruhan SK Seri Bandi 2 mendapat tempat kesembilan daripada 47 buah sekolah rendah yang menyertai kejohanan tersebut. Dua orang murid SK Seri Bandi 2 terpilih mewakili daerah Kemaman dalam MSST nanti. 
»»  read more

Tuesday 8 March 2016

SOLAT GERHANA MATAHARI


9 MAC 2016 - Warga SK Seri Bandi 2 turut mengadakan solat gerhana matahari seiring dengan peristiwa gerhana matahari yang berlaku pada hari ini bertempat di surau sekolah. Sebelum itu penerangan berkaitan dengan fenomena gerhana matahari telah disampaikan oleh Tuan Haji Yasim Bin Musa guru sains SK Seri Bandi 2. Manakala penerangan ringkas kaifiyat solat gerhana matahari telah disampaikan oleh Ustaz Anwar Bin Jusoh. 
»»  read more

Friday 4 March 2016

PROGRAM IBU BAPA HEBAT ANAK CEMERLANG 2016


4 MAC 2016 - Satu program motivasi yang melibatkan murid-murid tahun enam beserta ibu bapa mereka telah dijalankan pada hari ini bertempat di Dewan SK Seri Bandi 2 bermula jam 9 pagi hingga 11.30 pagi. Ceramah motivasi kecemerlangan ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman Bin Jusoh, NYDP PIBG SM Imtiyaz Dungun, Sambutan dan sokongan yang diterima dari ibu bapa dan murid amat menggalakkan.
»»  read more