Tuesday 26 April 2016

ROMBONGAN MGKT 2016


26 APRIL 2016 - Ahli-ahli MGKT SK Seri Bandi 2 telah mengadakan lawatan sambil membeli belah di IKEA dan SOGO pada hari ini.
»»  read more

Monday 11 April 2016

PELANCARAN NILAM 2016


12 APRIL 2016 - Pelancaran NILAM 2016 peringkat SK Seri Bandi 2 berjaya disempurnakan pada hari ini oleh Tuan Guru Besar En Tajudin Bin Muhamad pada hari ini. Majlis pelancaran dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan pembukaan oleh Guru Penyelaras Nilam En Mohd Irfan Bin Azman. Seterusnya gimik pelancaran diikuti dengan ucapan oleh Guru Besar. Tahun ini pihak sekolah telah menyediakan hadiah utama NILAM yang ditaja oleh Bank Rakyat untuk dianugerahkan kepada murid yang paling banyak membaca pada tahun ini berupa sebuah basikal. Terima kasih diucapkan kepada Bank Rakyat Chukai di atas tajaan tersebut.
»»  read more

Sunday 10 April 2016

PINGAT PERAK MSST 2016


11 APRIL 2016 - Tahniah diucapkan kepada adik Siti Nur Ba Iyyah Bt Mohd Razali di atas kejayaan beliau memperolehi pingat perak dalam pertandingan lompat jauh perempuan bawah 11 tahun sempena Kejohanan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah Terengganu. Kejohanan ini telah diadakan pada  6 hingga 9 April 2016 bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus.
»»  read more

Wednesday 6 April 2016

MTQ PKG KEMASEK 2016


6 APRIL 2016 - Tahniah diucapkan kepada kumpulan nasyid dan peserta tilawah lelaki dari SK Seri Bandi 2 kerana berjaya muncul johan dalam pertandingan MTQ PKG Kemasek pada hari ini yang berlangsung di SK Seri Gelugor, Kemaman. Kumpulan nasyid dan peserta tilawah lelaki dari SK Seri Bandi 2 akan mewakili PKG Kemasek dalam pertandingan MTQ Peringkat Daerah Kemaman yang dijadual berlangsung di SM Imtiyaz Kemaman pada 18 April nanti.
»»  read more

Tuesday 5 April 2016

AKTIVITI KEM MEMBACA 2016


4 APRIL 2016 - Sempena dengan Kem Membaca 2016 peringkat SK Seri Bandi 2 satu aktiviti membaca secara beramai-ramai telah dijalankan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk amalan suka membaca dikalangan warga SK Seri Bandi 2.
»»  read more

PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6


5 APRIL 2016 - Satu program perjumpaan ibubapa murid tahun enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Perjumpaan ini bertujuan memaklumkan kepada ibu bapa calon tentang pencapaian anak-anak mereka di dalam ujian OTI 1 yang diadakan minggu lepas. Seterusnya ibubapa mengadakan perjumpaan dengan guru-guru mata pelajaran teras untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pembelajaran anak-anak mereka bagi meningkatkan pencapaian anak masing-masing. Murid-murid calon UPSR 2016 turut melafazkan dan menandatangani ikrar kecemerlangan di hadapan ibubapa mereka  bahawasanya mereka akan belajar bersungguh-sungguh.
»»  read more

RAWATAN PERGIGIAN


5 APRIL 2016 - Rawatan pergigian untuk murid-murid SK Seri Bandi 2 telah dijalankan hari ini dengan kerjasama Klinik Pergigian Cheneh. Rawatan gigi yang rosak diberi secara percuma kepada murid-murid yang terlibat bertempat di Bilik Kesihatan SK Seri Bandi 2. Turut diadakan tunjukcara penjagaan gigi yang betul oleh kakitangan Klinik Pergigian Cheneh.
»»  read more

Sunday 3 April 2016

MTQ PENDIDIKAN KHAS DAERAH KEMAMAN 2016


4 APRIL 2016 - Tahniah diucapkan kepada Adik Syawal dari SK Seri Bandi 2 kerana berjaya mendapat Naib Johan untuk pertandingan azan dalam pertandingan MTQ Pendidikan Khas Daerah Kemaman 2016 yang berlangsung di SMK Geliga. 
»»  read more

Friday 1 April 2016

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2016


1 APRIL 2016 - Aktiviti Perkhemahan Unit-Unit Beruniform SK Seri Bandi 2 bagi tahun 2016 telah diadakan pada 31 Mac hingga 1 April 2016. Aktiviti perkhemahan ini melibatkan 106 orang peserta dari tahap dua. Antara objektif perkhemahan ini dilaksanakan adalah untuk mencungkil bakat kepimpinan yang ada pada murid. Pelbagai aktiviti yang dijalankan selama dua hari satu malam aktiviti perkhemahan dijalankan. Majlis penutup aktiviti perkhemahan telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Seri Bandi 2.
»»  read more