Wednesday 22 April 2015

MAJLIS PERSARAAN POK HASSAN


22 APRIL 2015 - Hari ini merupakan hari persaraan En Hassan Bin Rani, Pembantu Rendah Am SK Seri Bandi 2 sebagai kakitangan awam. Satu Majlis Persaraan beliau telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. En Hassan Bin Rani atau lebih dikenali sebagai Pok Hassan dikalangan warga sekolah diraikan dengan penuh meriah pada hari ini. Bermula dengan perarakan ketibaan Pok Hassan dari pintu gerbang sehingga ke pentas, majlis diserikan dengan beberapa persembahan khas untuk beliau. Majlis ini bertujuan meraikan persaraan Pok Hassan dan tanda terima kasih warga sekolah kepada beliau yang telah lama berkhidmat di sekolah ini. Turut hadir bagi meraikan majlis ini ialah wakil dari PPD Kemaman Pn Hjh Noraini, Pengetua SMK Seri Bandi, Guru Besar SK Seri Bandi, GPK-GPK dan YDP PIBG SK Seri Bandi 2.  
»»  read more

Thursday 16 April 2015

BENGKEL SAINS TAHUN 6


16 APRIL 2015 - Satu bengkel menjawab kertas soalan sains UPSR  murid tahun enam telah dijalankan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat SK Seri Bandi 2. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tahun enam yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR nanti cara-cara yang betul dalam menjawab kertas UPSR Sains. Bengkel ini dikendalikan oleh guru Sains Tahun enam iaitu En Mohd Yasim.
»»  read more

Monday 13 April 2015

PROGRAM CAKNA UPSR 2015


14 APRIL 2015 - Program Cakna UPSR 2015 melibatkan ibubapa murid-murid tahun enam telah berlangsung pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan dan juga Makmal Komputer sekolah. Program Cakna UPSR ini bertujuan untuk berkongsi dengan ibubapa murid tahun enam berkaitan dengan pembelajaran anak mereka semasa berada di sekolah. Ibu bapa diharapkan dapat membantu pihak sekolah untuk kecemerlangan anak-anak mereka dalam peperiksaan UPSR akan datang. Sambutan daripada ibubapa murid tahun enam dalam menjayakan program ini amat menggalakkan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini dan memastikan kecemerlangan anak-anak SKSB 2.
»»  read more

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2015


11 APRIL 2015 - Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada kali ini dengan jayanya. Antara tujuan program perkhemahan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan di kalangan murid-murid SKSB 2. Program ini telah berlangsung selama tiga hari dua malam bertempat di padang sekolah. Ia melibatkan tiga badan beruniform sekolah iaitu Pengakap, Puteri Islam dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Pelbagai aktiviti diadakan sempena perkhemahan pada tahun ini antaranya ialah pertandingan kawad kaki, balutan, ikatan dan masakan.   
»»  read more