Wednesday 15 July 2015

MAJLIS KHATAM AL QURAN 1436H


15 JUL 2015 - Majlis Khatam Al Quran telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Majlis dimulakan dengan khatam al Quran oleh murid-murid tahun enam yang dibimbing oleh Ustaz Zuraimi Bin Abd Wahab. Senaskhah al Quran turut dihadiahkan kepada setiap murid tahun enam hasil sumbangan warga SK Seri Bandi 2. Turut diadakan penyampaian cenderahati kepada murid-murid yang menyertai program tilawah al Quran sempena Ihya Ramadhan dan juga sumbangan duit raya kepada murid sempena hari raya yang akan menjelma. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang menjayakan majlis ini,
»»  read more

Monday 13 July 2015

BANNER MOTIVASI UPSR 2015


13 JUL 2015 - Guru-guru SK Seri Bandi 2 mengambil inisiatif membuat banner kata-kata motivasi yang ditujukan khas untuk calon-calon UPSR pada tahun ini. Banner yang mengandungi kata-kata motivasi ini akan di gantung di kawasan sekolah supaya ia dapat dibaca oleh murid-murid tahun enam. Semoga ia dapat menaikkan semangat mereka untuk belajar bagi menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Oleh itu satu majlis dan penerangan ringkas berkaitan kata-kata motivasi oleh guru-guru telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang.  
»»  read more

Sunday 12 July 2015

ZAKAT FITRAH 1436H

12 JUL 2015 - Warga SK Seri Bandi 2 telah menunaikan rukun Islam yang keempat iaitu membayar zakat fitrah pada hari ini. Amil zakat Encik Mat Razik Bin Sulong dari Masjid Seri Bandi telah hadir ke sekolah untuk menerima pembayaran zakat fitrah pada tahun ini.
»»  read more

Monday 6 July 2015

MAJLIS AKU JANJI MURID UPSR 2015


6 JUL 2015 - Satu majlis akujanji dan ikrar untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam UPSR 2015 telah dijalankan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Majlis akujanji ini melibatkan semua murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2015. Majlis ini dirasmikan oleh En Tajudin Bin Mohamad, Guru Besar SK Seri BAndi 2. Seterusnya bacaan ikrar telah diketuai oleh Muhammad Khairul Amien. 
»»  read more

Wednesday 1 July 2015

PENYERAHAN WANG ZAKAT OLEH BANK RAKYAT


2 JULAI 2015 - SK Seri Bandi 2 telah menerima wang zakat dari pihak Bank Rakyat cawangan Kerteh untuk diagihkan kepada murid SK Seri Bandi 2 yang layak menerimanya. Sumbangan wang zakat ini telah disampaikan oleh En Abdullah Bin Ahmad, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kerteh kepada Pn Wan Aida Bt Wan Ali, GPK HEM SK Seri Bandi 2. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bank Rakyat Cawangan Kerteh di atas sumbangan tersebut.
»»  read more

IFTAR JAMAIE 2015


1 JULAI 2015 - Sempena bulan Ramadhan tahun ini, pihak MGKT telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan solat terawih  bertempat di sekolah. Majlis berbuka puasa ini melibatkan ahli keluarga MGKT SK Seri Bandi 2 dan juga murid-murid tahun enam. Sambutan yang diterima dari kalangan ahli MGKT dan murid tahun enam amat menggalakkan. Selepas berbuka turut diadakan solat hajat sempena murid tahun enam yang akan menduduki UPSR dan juga solat terawih.
»»  read more

PROGRAM TEMU MESRA TAHUN 6


1 JULAI 2015 - Pihak sekolah telah mengadakan perjumpaan kali ketiga dengan Ibubapa murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Perjumpaan ini adalah untuk memberi penerangan pencapaian akademik dan sahsiah anak-anak mereka. Guru-guru matapelajaran telah membentangkan hasil pencapaian akademik murid tahun 6 setelah peperiksaan pertengahan tahun dijalankan. Kerjasama yang diterima dari pihak ibubapa amat memberangsangkan untuk turut sama memastikan anak-anak mereka melakukan ulangkaji dirumah sebelum mereka menghadapi peperiksaan UPSR yang sebenar. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ibubapa yang memberikan kerjasama bagi memastikan kecemerlangan akademik dan sahsiah anak mereka dapat dicapai.
»»  read more