Thursday 21 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015


18 MEI 2015 ( ISNIN ) - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini disambut meriah oleh warga SK Seri Bandi 2. Sambutan telah diadakan di Dewan Gemilang SKSB 2 bermula jam 8.00 pagi. Turut memeriahkan sambutan ini ialah YDP PIBG SK Seri Bandi 2 dan beberapa orang wakil PIBG. Sambutan dimulai dengan aturcara rasmi majlis dengan bacaan beberapa perutusan dan juga ucapan dari YDP PIBG. Majlis diteruskan dengan acara potong kek yang disumbangkan oleh beberapa pihak. Antara yang menyumbang kek sempena hari guru kali ini ialah dari PIBG, Bank Rakyat Chukai dan lain-lain. Setelah itu sambutan diteruskan dengan permainan sukaneka , persembahan murid dan guru. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang dan mereka yang menjayakan sambutan hari guru pada tahun ini.
»»  read more

Friday 8 May 2015

KEJOHANAN SUKAN SKSB 2 2015


8 MEI 2015 - Kejohanan Sukan SK Seri Bandi 2 kali ke sebelas telah berlangsung pada hari ini bertempat di padang sekolah. Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Pegawai PPD Daerah Kemaman. Kejohanan Sukan ini melibatkan pertandingan beberapa acara sukan seperti lumba lari, lompat tinggi, lompat jauh dan juga beberapa acara sukaneka. Turut terlibat dalam menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini ialah pihak PIBG sekolah yang bertindak selaku hakim kejohanan. Pada tahun ini pasukan Rumah Kuning dinobatkan selaku juara keseluruhan dalam pungutan mata. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan kejohanan kali ini.
»»  read more