Wednesday 26 November 2014

UPSR 2014


26 Nov 2014 - Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2 meneruskan kecemerlangannya dalam peperiksaan UPSR 2014. Seramai 7 orang murid SK Seri Bandi 2 telah memperolehi keputusan 5A dalam UPSR yang telah diumumkan pada hari ini oleh En Tajudin Bin Mohamad, Guru Besar SK Seri Bandi 2. Manakala bagi GPS pula SK Seri Bandi 2 memperolehi 2.03. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun ini.
»»  read more

Wednesday 19 November 2014

MAJLIS GRADUASI 2014


19 NOV - Buat pertama kalinya SK Seri Bandi 2 mengadakan majlis graduasi untuk meraikan murid-murid tahun enam yang akan meninggalkan sekolah pada tahun hadapan. Majlis ini telah diadakan di dewan gemilang. Majlis graduasi ini telah dirasmikan oleh En Tajudin Bin Mohamad, Guru Besar SK Seri Bandi 2. Ibu bapa murid tahun enam juga turut hadir menjayakan majlis ini.
»»  read more

Sunday 16 November 2014

MAJLIS PERPISAHAN


16 NOV - Satu majlis perpisahan telah diadakan pada hari ini bagi meraikan guru-guru yang akan bertukar sekolah pada sesi persekolahan 2015. Guru-guru yang akan bertukar ialah En Wan Hassan Bin Wan Mamat, En Abdullah Bin Mat Noor, Pn Hazila Bt Razali dan Pn Juliana Bt Abu Bakar. Warga SK Seri Bandi 2 mengucapkan selamat bertukar dan bertugas di tempat baru masing-masing.

»»  read more

Wednesday 12 November 2014

HARI ANUGERAH BESTARI TERBILANG 2014


12 NOV 2014 - Bagi memberi penghargaan atas kejayaan dan sumbangan murid-murid SK Seri Bandi 2 sepanjang tahun 2014, pihak sekolah telah mengadakan Hari Anugerah Bestari Terbilang pada hari ini. Hari anugerah kali ke-11 ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Zain BinMohd Amin wakil rasmi Tn Hj Wan Mat Amin Bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH bertempat di Dewan Gemilang SKSB 2. Turut diadakan beberapa persembahan dari kalangan murid-murid untuk acara selingan. Sambutan dari ibu bapa yang turut serta menjayakan hari anugerah ini amat menggalakan.


»»  read more

Tuesday 11 November 2014

HARI TEMU MESRA


11 NOV 2014 - Hari Temu Mesra ibu bapa murid-murid SKSB2 dengan guru-guru telah diadakan pada hari ini. Hari Temu Mesra ini diadakan untuk membolehkan ibubapa bertemu dengan guru anak masing-masing untuk berbincang keadaan anak-anak berkaitan pembelajaran mereka di sekolah. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan ibubapa. 
»»  read more

Thursday 6 November 2014

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1436H


6  NOV 2014 - Sambutan Maal Hijrah 1436 peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Sambutan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengajak warga sekolah menghayati hijrah Rasulullah SAW dan melakukan perubahan dalam kehidupan mereka. Antara aturcara sambutan ialah solat hajat, persembahan sajak dan ceramah. Turut diadakan masakan bubur asyura hasil kutipan derma warga SK Seri Bandi 2 dan ibu bapa murid-murid. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SK Seri Bandi 2 dan juga ibubapa yang memberi sumbangan untuk menjayakan sambutan pada kali ini. 
»»  read more

Tuesday 4 November 2014

PELANCARAN KEM MEMBACA 1M


4 NOV 2014 ( Selasa ) - Kem Membaca 1 Malaysia 2014 peringkat sekolah SKSB 2 telah dilancarkan secara rasminya pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Pelancaran dirasmikan oleh Tuan Guru Besar En Tajudin Bin Mohamad. Pelancaran Kem Membaca 1M berlangsung serentak diseluruh negara pada hari ini. Antara lain tujuan Kem Membaca 1M ini adalah untuk memupuk minat membaca dikalangan murid-murid. 
»»  read more