Tuesday 28 January 2014

Perandingan Catur MSSDK 2014


28 Jan 2014-Tahniah diucapkan kepada Muhammad Faiz Helmi murid tahun enam SK Seri Bandi 2 kerana telah mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan catur peringkat Daerah Kemaman. Pertandingan catur ini telah diadakan di SMK Banggol, Kemaman selama tiga hari bermula 26 januari hingga 28 januari. Turut mewakili sekolah dalam pertandingan ini ialah Siti Maisara Binti Mazalan (5Z), Shazwani Binti Mazalan ( 6Z ) dan Muhammad Khairil Amien ( 5Z ).
»»  read more

Thursday 23 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435 HIJRAH

23 Jan 2014 - Sambutan Majlis Maulidur Rasul telah diadakan di SK Seri Bandi 2 pada hari ini sempena mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. Tujuan sambutan ini  diadakan adalah untuk mengingati semula kisah kelahiran baginda dan menanam sifat cintakan nabi dikalangan murid-murid SK Seri Bandi 2. Majlis dimulakan dengan perarakan oleh murid-murid diikuti dengan persembahan nasyid dan ceramah. Jamuan pada sambutan kali ini adalah sumbangan dari pihak kantin sekolah. Turut diadakan pertandingan bagi setiap rumah sukan yang menyertai perarakan dan persembahan nasyid. Keputusan pertandingan pada tahun ini adalah seperti berikut ;

Perarakan :
Johan :  Rumah Biru 
Naib Johan :  Rumah Merah
Tempat Ke-3 : Rumah Kuning

Pertandingan Nasyid Tahap 1
Johan : Rumah Biru
Naib Johan : Rumah Merah
Tempat Ke-3 : Rumah Kuning

Pertandingan Nasyid Tahap 2

Johan : Rumah Kuning
Naib Johan : Rumah Biru
Tempat Ke-3 : Rumah Merah









































»»  read more

Sunday 19 January 2014

MAJLIS PERPISAHAN GURU-GURU YANG BERTUKAR SEKOLAH



20 Januari 2014-Tanggal 16 Januari 2014 telah diadakan Majlis Perpisahan untuk guru-guru yang telah ditukarkan sekolah. Majlis dimulahkan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zuraimi b. Ab.Wahab. Turut diundang En. Badrulhisham selaku Pengerusi PIBG SKSB2. Majlis diserikan lagi dengan ucapan daripada Mantan Guru Besar SKSB2 Tn Haji Mohd bin Senek dan mantan Guru Penolong kanan HEM SKSB2, Puan Nafisah bt Ismail.  Upacara penyampaian cendahati telah disampaikan oleh Guru Besar, En.Tajudin b. Mohamad, Guru Penolong Kanan pentadbiran, Puan jamilah bt Suri dan Pengerusi MGKT, En. Zuraimi b. Ab Wahab kepada guru-guru yang telah ditukarkan ke sekolah lain. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Sekalung Budi diucapkan dan Selamat Maju Jaya 
 TERIMA KASIH CIKGU...

Guru-guru yang telah bertukar
Tn. Haji Mohd b.Senek-SK Seri Gelugor, Kemaman
Puan Nafisah bt Ismail-SK Kijal, Kemaman
En. Mohd Syukri b. Mohd Bidin@Zakaria-SK Seri Bandi, Kemaman
Pn Rosmawati bt. Mohmad-SK IBOK, Kemaman
Pn. Junaidah bt Abdul Karim-SK Mak Lagam,Kemaman
Pn. Embok bt Othman-SK Seri Bandi, Kemaman
Pn. Noorhana bt Rahmat-SK Bukit Kirara, Selangor
Pn Rohaizi bt Abdul Rahman- SK
Pn.Wan Zaleha bt Wan Mansor-SK Merchang, Marang
Pn. Faridah bt Sulaiman-SK Cabang Tiga, Kuala Terengganu

Guru KAFA
Pn Masitah- Berhenti 























EIO SKSB2
»»  read more