Wednesday 31 December 2014

PEMANTAUAN 2015


1 JAN 2015 - Dua orang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan pemantauan ke SK Seri Bandi 2 pada hari ini. Mereka ialah Tn Hj Akram @ Amir Bin Abdul Majid, Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dan En Amir Bin Hamzah, Pegawai Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Kehadiaran mereka telah disambut oleh Tuan Guru Besar En Tajudin Bin Mohamad. Kehadiran mereka adalah untuk memantau persediaan sekolah bagi menghadapi sesi persekolahan 2015 yang akan dibuka pada 11 Januari ini.
»»  read more

PENDAFTARAN MURID SESI 2015



31 DISEMBER -  Pendaftaran persekolahan sesi 2015 telah diadakan pada hari ini bertempat di kelas masing-masing. Turut diadakan taklimat kepada ibu bapa tahun satu yang diadakan di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Wednesday 26 November 2014

UPSR 2014


26 Nov 2014 - Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2 meneruskan kecemerlangannya dalam peperiksaan UPSR 2014. Seramai 7 orang murid SK Seri Bandi 2 telah memperolehi keputusan 5A dalam UPSR yang telah diumumkan pada hari ini oleh En Tajudin Bin Mohamad, Guru Besar SK Seri Bandi 2. Manakala bagi GPS pula SK Seri Bandi 2 memperolehi 2.03. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun ini.
»»  read more

Wednesday 19 November 2014

MAJLIS GRADUASI 2014


19 NOV - Buat pertama kalinya SK Seri Bandi 2 mengadakan majlis graduasi untuk meraikan murid-murid tahun enam yang akan meninggalkan sekolah pada tahun hadapan. Majlis ini telah diadakan di dewan gemilang. Majlis graduasi ini telah dirasmikan oleh En Tajudin Bin Mohamad, Guru Besar SK Seri Bandi 2. Ibu bapa murid tahun enam juga turut hadir menjayakan majlis ini.
»»  read more

Sunday 16 November 2014

MAJLIS PERPISAHAN


16 NOV - Satu majlis perpisahan telah diadakan pada hari ini bagi meraikan guru-guru yang akan bertukar sekolah pada sesi persekolahan 2015. Guru-guru yang akan bertukar ialah En Wan Hassan Bin Wan Mamat, En Abdullah Bin Mat Noor, Pn Hazila Bt Razali dan Pn Juliana Bt Abu Bakar. Warga SK Seri Bandi 2 mengucapkan selamat bertukar dan bertugas di tempat baru masing-masing.

»»  read more

Wednesday 12 November 2014

HARI ANUGERAH BESTARI TERBILANG 2014


12 NOV 2014 - Bagi memberi penghargaan atas kejayaan dan sumbangan murid-murid SK Seri Bandi 2 sepanjang tahun 2014, pihak sekolah telah mengadakan Hari Anugerah Bestari Terbilang pada hari ini. Hari anugerah kali ke-11 ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Zain BinMohd Amin wakil rasmi Tn Hj Wan Mat Amin Bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH bertempat di Dewan Gemilang SKSB 2. Turut diadakan beberapa persembahan dari kalangan murid-murid untuk acara selingan. Sambutan dari ibu bapa yang turut serta menjayakan hari anugerah ini amat menggalakan.


»»  read more

Tuesday 11 November 2014

HARI TEMU MESRA


11 NOV 2014 - Hari Temu Mesra ibu bapa murid-murid SKSB2 dengan guru-guru telah diadakan pada hari ini. Hari Temu Mesra ini diadakan untuk membolehkan ibubapa bertemu dengan guru anak masing-masing untuk berbincang keadaan anak-anak berkaitan pembelajaran mereka di sekolah. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan ibubapa. 
»»  read more

Thursday 6 November 2014

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1436H


6  NOV 2014 - Sambutan Maal Hijrah 1436 peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Sambutan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengajak warga sekolah menghayati hijrah Rasulullah SAW dan melakukan perubahan dalam kehidupan mereka. Antara aturcara sambutan ialah solat hajat, persembahan sajak dan ceramah. Turut diadakan masakan bubur asyura hasil kutipan derma warga SK Seri Bandi 2 dan ibu bapa murid-murid. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SK Seri Bandi 2 dan juga ibubapa yang memberi sumbangan untuk menjayakan sambutan pada kali ini. 
»»  read more

Tuesday 4 November 2014

PELANCARAN KEM MEMBACA 1M


4 NOV 2014 ( Selasa ) - Kem Membaca 1 Malaysia 2014 peringkat sekolah SKSB 2 telah dilancarkan secara rasminya pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang. Pelancaran dirasmikan oleh Tuan Guru Besar En Tajudin Bin Mohamad. Pelancaran Kem Membaca 1M berlangsung serentak diseluruh negara pada hari ini. Antara lain tujuan Kem Membaca 1M ini adalah untuk memupuk minat membaca dikalangan murid-murid. 
»»  read more

Monday 29 September 2014

PEMANTAUAN PELAKSANAAN KSSR TAHUN 4


29 Sept 2014 - SK Seri Bandi 2 telah menerima kunjungan dari Penyelia Kanan Pengurusan dan Pengembangan Syiar Islam Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu pada hari ini. Tujuan kedatangan beliau adalah untuk membuat pemantauan pelaksanaan KSSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tahun 4, 2014. Beliau juga mengadakan perjumpaan dengan guru-guru pendidikan Islam dan guru jQAF.
»»  read more

Monday 8 September 2014

MAJLIS RESTU UPSR 2014



8hb Sept 2014 - Sempena peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 9hb pihak sekolah SK Seri Bandi 2 telah mengadakan Majlis Restu UPSR untuk murid-murid tahun enam. Majlis ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid memohon kemaafan dari guru-guru mereka dan meminta dihalalkan segala ilmu yang telah diajarkan kepada mereka sebelum mereka menduduki peperiksaan. Turut serta dalam menjayakan majlis ini ialah ibu bapa murid-murid tahun enam. Seramai 48 orang calon dari SK Seri Bandi 2 akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.
»»  read more

Sunday 7 September 2014

CALON UPSR DAPAT SEMANGAT JPNT



7hb Sept 2014 - Bagi memastikan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) mencapai kelulusan cemerlang, Ketua Unit Sekolah Rendah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, En Zakaria Bin Muda  telah datang ke SK Seri Bandi 2 untuk melihat persediaan calon yang bakal mengambil peperiksaan tersebut. Beliau yang juga merupakan pegawai perhubungan sekolah SK Seri Bandi 2 telah meluangkan masa untuk berjumpa dengan calon-calon UPSR seterusnya memberi kata-kata semangat kepada mereka.
»»  read more

Wednesday 3 September 2014

TAHNIAH SAUTUL WARDAH !


2hb Sept 2014 ( Selasa ) - Tahniah diucapkan kepada kumpulan Sautul Wardah dari SK Seri Bandi 2 yang muncul sebagai Naib Johan dalam pertandingan Kalam Jamaie dan Dikir Barat Program j-QAF Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Kemaman Tahun 2014/1435H. Pertandingan ini telah diadakan di SK Kampung Tengah, Kemaman. Sebanyak sepuluh buah sekolah kebangsaan telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kalam jamaie pada kali ini.
»»  read more

Tuesday 12 August 2014

SAMBUTAN HARI RAYA 2014


12 Ogos 2014 - Sambutan Hari Raya 2014 warga SK Seri Bandi 2 telah diadakan pada hari ini dengan suasana yang meriah. Sambutan bermula jam 9 pagi dengan acara pertandingan baju raya tercantik dan nyanyian lagu-lagu raya yang dipesembahkan oleh murid-murid SK Seri Bandi 2. Turut diadakan jamuan rumah terbuka untuk warga sekolah dan rakan guru sekolah berhampiran juga dijemput hadir bagi memeriahkan suasana hari raya kali ini. Pelbagai juadah disediakan untuk tetamu yang hadir. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir memeriahkan sambutan hari raya pada tahun ini.
»»  read more

Wednesday 18 June 2014

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN UPSR 2014


19 Jun 2014 - Murid-murid tahun 6 SK Seri Bandi 2  telah menyertai Bengkel Teknik Menjawab Peperiksaan UPSR  2014 yang diadakan selama empat hari bertempat di LE Village Resort, Kuantan, Pahang. Bengkel ini berlangsung dari 19 Jun hingga 12 Jun 2014. Bengkel ini merupakan anjuran TH Plantations Berhad bertujuan memberi pendedahan kepada murid tahun enam teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR nanti. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Perladangan TH Plantations Berhad. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur dan juga mereka yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.
»»  read more

Monday 19 May 2014

Sambutan Hari Guru 2014


18 Mei 2014 - Sambutan Hari Guru 2014 peringkat sekolah disambut dengan meriah oleh murid-murid dan guru-guru SK Seri Bandi 2. Pelbagai acara diatur sempena sambutan hari guru pada kali ini. Sambutan dimulakan dengan bacaan perutusan oleh para pentadbir sekolah. Kemudian diikuti dengan nyanyian lagu guru Malaysia oleh guu-guru. Acara sukaneka dan pertukaran hadiah turut diadakan serta persembahan dari guru-guru.


»»  read more

Sunday 11 May 2014

MTQ PPKI

5 Mei 2014 - Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Nasaruddin Bin Khalil wakil Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) dari SK Seri Bandi 2 kerana muncul sebagai johan hafazan al Quran dalam pertandingan MTQ PPKI daerah Kemaman. Beliau akan mewakili daerah Kemaman ke pertandingan peringkat  negeri.
»»  read more

Tuesday 29 April 2014

Program Ceramah Dan Pameran Kesihatan 2014

 28 April 2014 ( Selasa)  - Bagi memberi pendidikan tentang kesihatan kepada warga SK Seri Bandi 2, satu program ceramah kesihatan telah diadakan pada hari ini. Program ini mendapat kerjasama dari Pusat Kesihatan Bandar Seri Bandi. Ceramah kesihatan telah disampaikan oleh Dr Mohd Afiq Bin Mohd Fuad dari Pusat Kesihatan Bandar Seri Bandi. Turut diadakan pameran kesihatan berkaitan dengan amalan pemakanan yang sihat.
»»  read more

Wednesday 23 April 2014

Program Inisiatif Membaca 2014



23 April 2014 ( Rabu ) - Program Inisiatif Membaca 2014 telah diadakan pada hari ini bertempat di dewan  Sk Seri Bandi 2. Semua warga SK Seri Bandi 2 telah terlibat dalam Program Inisiatif Membaca 2014. Program ini dijalankan secara serentak seluruh negara dengan slogan "JOM MEMBACA BERSAMA UNTUK 10MINIT".
»»  read more

Saturday 19 April 2014

Perkhemahan Tahunan 2014



19 April 2014 ( Sabtu ) - Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2014 telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Padang SK Seri Bandi 2. Perkhemahan tahunan ini melibatkan 90 orang murid tahap 2. Pelbagai aktiviti dijalankan semasa perkhemahan berlangsung , antaranya pertandingan memasak, kawad, gajet, perkhemahan terbaik, persembahan dan sebagainya. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh wakil dari PPD Kemaman En. Ismail bin Muda pada hari terakhir perkhemahan.
»»  read more

Sunday 13 April 2014

Tahniah SKSB 2


13 April 2014 (Ahad) - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SK Seri Bandi 2 kerana telah berjaya menjadi juara peringkat kumpulan B dalam pertandingan Bola Sepak Peringkat PKG Kemasek 2014. Pertandingan ini telah berlangsung di padang SK Seri Bandi 2. Pasukan ini telah dilatih oleh Cikgu Abu Talib Bin Baharuddin.


»»  read more

Saturday 12 April 2014

Kem Bestari Solat Tahap 1 Siri 2



12 April 2014 ( Sabtu ) - Kem Bestari Solat untuk tahap satu siri kedua telah dijalankan pada hari ini bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12 tengah hari. Pengisian dalam kem kali ini ialah pengenalan tentang solat bagi tahun satu dan bacaan dalam solat untuk tahun 2 dan 3. Seramai 147 orang murid telah terlibat dalam kem pada hari ini yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Kem berakhir dengan praktikal solat secara berjemaah bertempat di Surau Raudhatul Jannah.
»»  read more

Kursus Kepimpinan 2014



10 April 2014 ( Khamis ) - Kursus kepimpinan telah dijalankan pada hari ini bertempat di Surau SK Seri Bandi 2. Kursus ini bermula jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi ilmu kepimpinan kepada para pengawas sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan dalam kursus ini ialah sesi  Ceramah dan Latihan dalam kumpulan ( LDK ).
»»  read more

Sunday 16 March 2014

MTQ PKG Kemasek 2014


16 Mac 2014 ( Isnin )  - Seramai 15 orang murid dari SK Seri Bandi 2 telah mewakili sekolah untuk menyertai beberapa acara yang dipertandingkan sempena MTQ PKG Kemasek pada kali ini. Antara acara yang disertai oleh murid SK Seri Bandi 2 ialah nasyid, hafazan, tilawah dan bercerita. SK Seri Bandi 2 telah dipilih menjadi tuan rumah bagi pertandingan nasyid. Bagi acara lain ia dijalankan di SK Seri Bandi. Dalam pertandingan nasyid kumpulan nasyid dari SK Seri Bandi 2 telah mendapat tempat yang ke-4. Manakala bagi pertandingan bercerita perempuan Adik Nur Asyikin Ayuni Binti Muhd Yeng dan tilawah lelaki Adik Ahmad Bin Abdul Halim, wakil dari SK Seri Bandi 2 telah mendapat tempat ke-3. Tahniah diucapkan kepada murid SK Seri Bandi 2 yang berjaya dalam pertandingan MTQ PKG Kemasek pada tahun ini.
»»  read more

Saturday 15 March 2014

KBS Tahap 1 Siri 1


15 Mac 2014 ( Sabtu ) - Kem Bestari Solat yang merupakan aktiviti wajib di bawah program jQAF  untuk murid sekolah rendah telah dilaksanakan pada hari ini. Kem Bestari Solat untuk tahap satu siri yang pertama ini telah dijalankan pada hari ini bermula jam 8.00 pagi berakhir jam 1.45 petang. Pengisian dalam kem kali ini ialah pengenalan tentang solat bagi tahun satu dan bacaan dalam solat untuk tahun 2 dan 3. Seramai 147 orang murid telah terlibat dalam kem pada hari ini yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Kem berakhir dengan solat zohor secara berjemaah bertempat di Surau Raudhatul Jannah.
»»  read more

Wednesday 12 March 2014

KEJAYAAN PASUKAN BOLA TAMPAR SKSB 2


12 Mac 2014 - Pasukan Bola Tampar SK Seri Bandi 2 memenangi tempat ketiga peringkat PKG Kemasek. Perlawanan telah diadakan di SK Kerteh 5 pada 12 Mac 2014 bermula pukul 3.00 petang.Jurulatih Cikgu Norhafizu, Pengurus Tn Hj Abu Kassim dan guru pengiring cikgu Abdul Mutalib.
»»  read more

Thursday 20 February 2014

Solat Hajat Perdana UPSR 2014


20 Feb 2014 ( Khamis )- Program solat hajat perdana untuk calon-calon peperiksaan UPSR 2014 telah diadakan pada hari ini bertempat di surau sekolah. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan ibubapa, calon UPSR dan juga guru-guru SK Seri Bandi 2. Program solat hajat ini bermula selepas solat maghrib dan berakhir selepas isyak telah dipimpin oleh Ustaz Anuar bin Jusoh, guru jQAF SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Wednesday 19 February 2014

AKU JANJI MURID TARGET 5A UPSR 2014


»»  read more

Tuesday 28 January 2014

Perandingan Catur MSSDK 2014


28 Jan 2014-Tahniah diucapkan kepada Muhammad Faiz Helmi murid tahun enam SK Seri Bandi 2 kerana telah mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan catur peringkat Daerah Kemaman. Pertandingan catur ini telah diadakan di SMK Banggol, Kemaman selama tiga hari bermula 26 januari hingga 28 januari. Turut mewakili sekolah dalam pertandingan ini ialah Siti Maisara Binti Mazalan (5Z), Shazwani Binti Mazalan ( 6Z ) dan Muhammad Khairil Amien ( 5Z ).
»»  read more

Thursday 23 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435 HIJRAH

23 Jan 2014 - Sambutan Majlis Maulidur Rasul telah diadakan di SK Seri Bandi 2 pada hari ini sempena mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. Tujuan sambutan ini  diadakan adalah untuk mengingati semula kisah kelahiran baginda dan menanam sifat cintakan nabi dikalangan murid-murid SK Seri Bandi 2. Majlis dimulakan dengan perarakan oleh murid-murid diikuti dengan persembahan nasyid dan ceramah. Jamuan pada sambutan kali ini adalah sumbangan dari pihak kantin sekolah. Turut diadakan pertandingan bagi setiap rumah sukan yang menyertai perarakan dan persembahan nasyid. Keputusan pertandingan pada tahun ini adalah seperti berikut ;

Perarakan :
Johan :  Rumah Biru 
Naib Johan :  Rumah Merah
Tempat Ke-3 : Rumah Kuning

Pertandingan Nasyid Tahap 1
Johan : Rumah Biru
Naib Johan : Rumah Merah
Tempat Ke-3 : Rumah Kuning

Pertandingan Nasyid Tahap 2

Johan : Rumah Kuning
Naib Johan : Rumah Biru
Tempat Ke-3 : Rumah Merah









































»»  read more