Thursday 27 September 2012

SK SRI BANDI 2 TUAN RUMAH PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PKG KEMASEK

 Peserta Perkhemahan Unit Beruniform PKG Kemasek 2012 sedang menerima taklimat dari Kem Komandan Cikgu Wan Mohd. Saberi dan Cik Najidah dari SK Seri Bandi 2.

Khamis, 27 September 2012- Perkhemahan Unit Beruniform peringkat PKG Kemasek 2012 telah bermula dari pagi pukul 8.00 dengan acara pertama adalah pendaftaran peserta. Sebanyak 18 buah sekolah terlibat. Setiap sekolah menghantar kurang lebih 24 orang peserta. Tuan rumah tahun ini adalah SK Seri Bandi 2. Berbagai acara dipertandingkan termasuk kawad kaki, persembahan, kraftangan, memasak roti lilit, gajet dan lain-lain. Perkhemahan berakhir hari Sabtu dengan upacara penutup dan penyampaian hadiah.
»»  read more

Saturday 22 September 2012

PENEROKAAN ILMU PRASEKOLAH DI MINI ZOO KEMAMAN


18 September 2012-Unit Prasekolah telah melaksanakan Program Penerokaan Ilmu bertempat di Mini Zoo Kemaman. Seramai 45 murid Prasekolah telah menyertai program ini diiringi oleh 8 orang guru dan kakitangan SKSB2.

Banyak ilmu yang telah diterokai oleh murid-murid mengenai haiwan yang terdapat di dalam Zoo tersebut. Aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di sana ialah murid-murid didedahkan dengan mengenal nama-nama haiwan dan bunga, cara kehidupan haiwan dan juga aktiviti riadah iaitu bermandi manda di kolam.

Terima kasih kepada Majlis Pembandaran Kemaman (MPK) yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan cas ligas secara percuma.Terima kasih juga kepada ibu bapa,murid-murid serta semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Jom cuci mata!





























































»»  read more

Monday 10 September 2012

DEBARAN UPSR 2012


Selamat menduduki peperiksaan UPSR 2012 


11 September 2012-Debaran bukan sahaja dirasai oleh calon-calon malah guru-guru dan ibu bapa yang meletakkan harapan agar mereka dapat menjawab soalan dengan tekun dan cemerlang. 

Telah banyak program yang berlangsung bagi membantu murid-murid meningkatkan pembelajaran. Antara program yang dijalankan seperti kelas tambahan, kelas malam, Kem Jaya UPSR oleh TH HOLDING Bhd dan juga Kem Minda UPSR di Rumbia Beach Resort.


Kami warga SKSB2 mengharapkan murid-murid sentiasa berusaha serta mempunyai azam yang tinggi untuk memperolehi 5A.Insyaallah..

Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru SKSB2 dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid tahun 6.TERIMA KASIH CIKGU...



Gantungkan azam dan semangat untuk berjaya dalam peperiksaan setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu sedalam mutiara di lautan. 

Bawakan kejayaan 5A sebagai bekalan untuk hari mendatang juga sebagai tanda TERIMA KASIH kepada para guru dan ibu bapa.





Good Luck!!
SKSB2 Boleh!!
»»  read more

Saturday 1 September 2012

SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2012

Persembahan Lagu Patriotik dari Rumah Kuning tahap 1 

Johan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik tahap 2 iaitu Rumah Kuning 



Naib Johan Nyanyian Lagu Patriotik tahap 2 iaitu Rumah Biru


Tempat ke 3 Nyanyian Lagu Patriotik tahap 2 iaitu Rumah Merah


Antara guru yang menjadi juri untuk Pertandingan Lagu Patriotik

Persembahan gimik dari murid-murid SKSB2

Persembahan bacaan sajak dari murid tahap 2

Persembahan dari murid-murid PIPKP



Persembahan bacaan sajak dari Guru Pra Sekolah





Para guru bersemangat menyanyikan Lagu Patriotik




Pembahagian duit raya 2012 oleh salah seorang guru iaitu Cikgu Ahmad Hailme.





Wajah-wajah comel murid tahun 1


Murid-murid sedang menikmati juadah Sambutan Merdeka Raya



Laungan Si Kecil bersama Cikgu Hana..Merdeka!!


Si kecil dari Pra Sekolah segak memakai pakaian bertemakan Merdeka Raya

2 September 2012, Ahad- Sambutan Merdeka Raya peringkat SK Seri Bandi 2 telah dijalankan. Berbagai acara telah dijalankan iaitu pertandingan mewarna 3K Merdeka, melukis bendera panjang gabungan 3 rumah sukan kuning, biru dan merah, pertandingan nyanyian lagu patriotik, persembahan murid, anugerah kelas merdeka, anugerah kelas khas merdeka, anugerah murid pakaian patriotik terbaik lelaki dan perempuan, pembahagian duit raya kepada semua murid dan yang di nantikan jamuan hari raya. Pihak sekolah telah menjemput semua agensi kerajaan dan swasta seluruh kawasan Seri Bandi ke Jamuan Hari Raya SK Seri Bandi 2 2012.-gpbsksb2
»»  read more