Wednesday 7 March 2012

PELANCARAN PROGRAM BULAN MEMBACA DAN NILAM SKSB 2 2012

Gimik Pelancaran NILAM 2012 SKSB 2 GB dan Guru Media menayangkan kain rentang Bulan Membaca

Khamis 8 Mac 2012 -  Membaca Menjana Minda Berinovasi merupakan tema Pelancaran NILAM SKSB 2 2012 . Pelancaran NILAM di anjurkan oleh Unit Pusat Sumber di bawah jawatankuasa NILAM. Penyelaras Program merupakan Guru Media Encik Yassim bin Musa dan Setiausaha Program Cik Najidah binti Mohd merupakan guru penyelaras NILAM. Aktiviti yang telah dijalankan ialah Pelancaran Buletin Bulan Membaca, deklamasi sajak dan poem murid tahap 2, acara nyanyian lagu NILAM, penyerahan buku NILAM kepada guru-guru kelas, Bercerita Tahap 1 Bahasa Melayu dan Bercerita Tahap 1 Bahasa Inggeris. Matlamat utama program ini untuk memupuk minat membaca dan mencintai buku. Dengan kata lain mewujudkan budaya ulat buku di kalangan pelajar dan guru. -GPBSKSB2
»»  read more