Monday 25 April 2011

TUGAS GURU

TUGAS GURU - Bukan sekadar 7.30pg sehingga 1.30ptg sahaja

Oleh Cikgu Jimmy Rose

SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA
»»  read more

Lawatan SK Guntong, Setiu, Terengganu

Cikgu Pra Pn. Ramlah (Kanan) dan salah seorang guru dari SK Guntong di dalam kelas pra SKSB 2

Cikgu Norhana (Kanan) bersama salah seorang guru pra SK Guntong

Guru Besar SKSB 2 sedang berbincang sesuatu dengan PK 1 SK Guntong

Guru Besar SK Guntong Cikgu Tajudin bin Mohamad (berdiri) dan PK 1 SK Guntong sedang mengambil gambar sambil diperhatikan oleh GB SKSB 2.

Isnin, 25 April 2011- SKSB 2 menerima lawatan kerja rasmi dari 2 orang guru pra, guru besar dan PK 1 dari SK Guntong, Setiu. Tujuan utama lawatan ialah hendak meninjau kawasan SKSB 2 terutamanya prasekolah. Lawatan bermula pagi dan di akhiri dengan jamuan makan tengahari. Terima kasih kepada Pentadbir dan guru prasekolah SK Guntong yang sudi melawat SKSB 2.
»»  read more

Saturday 23 April 2011

Murid PIPKP berjaya dalam acara susun puzzle

Salah seorang murid yang mendapat hadiah

Tahniah kepada murid-murid PIPKP yang berjaya dalam acara menyusun puzzle sempena Pesta Buku di Perpustakaan Cawangan Kemaman. Hadiah disamapaikan oleh PK 1 Pn. Maznah binti Mohamad diiringi oleh PK Kokurikulum Pn. Sanisah binti Ismail di perhimpunan mingguan SK Seri Bandi 2.
»»  read more

Tuesday 19 April 2011

INTRODUCTION OF SKSB 2 2 ACCESS CENTER

INTRODUCTION
In Rancangan Malaysia ke-9, Education Ministry Malaysia has planned and implement Access Center establishment thatintend to bring closer education gap between city school with rural. SK. Seri Bandi 2 is one of school thatselected become pioneer project Access Center in district Kemaman.
With the existence of this Access Center, student and all school citizen can use and enjoy ICT facilities in this centre. All users would be able to learn through learning that focus IT and can surfing Internet to get information which related.

VISION
Making Access Center SK Seri Bandi 2 as a central to civilize ICT usage among school citizen especially and society generally

MISSION
Through this Vision, is hoped can :
1. Provide education infrastructure base on IT.
2. Create learning environment concept IT.
3. Produce teacher manpower that dab in IT field.
4. Produce students which dominate IT.
5. Provide management system based on IT.

RATIONAL
Smart school and producing society that can bring culture to IT indaily life as a student.

OBJECTIVE
1. Realise government goal and Education Ministry Malaysia.
2. Enhance knowledge among customer especially pupil.
3. Practise customer with TMK.
4. Increase TMK consumerism.
5. Reveal learning basis own access and directional.
6. Self Access Learning Center
8. On-line learning
9. Information borderless

SERVICE PROVIDED
1. Acecss Center consumer briefing
2. Introduction briefing about basic computer hardware
3. Briefing about Basic computer system
4. Briefing about surfing Internet
5. Briefing about make
personal e-mail
6. IT Reading's Space

RULE OF ACCESS CENTER
1. Not to take off your shoe outside.
2. Kept out unauthorized and invite make sure Access Center safe to be applied.
3. Make sure Access Center always clean and being cleared before out.
4. Consumer required enter according to Access Center Usage Timetable that was provided.
5. All users prohibited surfing Internet in addresses that immoral (pornographic).
6. Consumer prohibited play any game.
7. Consumer prohibited make noise and romp in Access Center and prohibited fool any flex to be safe.
8. Consumer prohibited from bringing any external software disk enter vice versa without permission accesscentercoordinator or teacher.
9. Consumer prohibited include (Install) any programme or unauthorized software.
10. Prohibited change or change 'Setting' existing in computer on and not allowed to touch 'screen' monitor.
11. Access Center is smoking prohibited area, eat and drink.
12. Fill in record your usage in PC Log Book / Usage Record.
13. Student every one only allowed to use computer for an hour (1 hours) in rotation.
14. Report any damage immediately to Access Center coordinator or to teachers work.
15. Before out or leave Access Center, make sure Access Center under lock and all source of electricity stopped.
-abuz


»»  read more

Merentas Desa 2011

Peserta bersedia sebelum memulakan larian

Peserta sedang berlumba merebut tempat dan mata rumah sukan
»»  read more

Saturday 16 April 2011

Penyampaian Hadiah Bola Tampar dan Hari Jadi

PK Kokurikulum Pn. Nafisah binti Ismail sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang bola tampar perempuan PKG Kemasek.

Pn. Nafisah binti Ismail menyampaikan hadiah hari lahir kepada Pn. Embok binti Othman


Ahad, 17 April 2011- Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemain pasukan bola tampar perempuan yang mendapat Johan peringkat PKG Kemasek telah dijalankan semasa perhimpunan mingguan SKSB 2. Seterusnya Majlis Penyampaian Hadiah untuk guru dan kakitangan sekolah yang menyambut harijadinya bulan April. Tahniah yang berjaya dan selamat hari lahir untuk yang berkenaan.
»»  read more

Kejohanan Bola Tampar PKG Kemasek 2011

Pasukan bola tampar lelaki dipimpin oleh jurulatih En. Mohd. Yasim bin Musa dan En. Mohd. Hailmie bin Zaharudin

Pasukan bola tampar perempuan di pimpin oleh Pn. Siti Zubaidah binti Rosman dan Cik Najidah binti Mohd.


7 April 2011 bertempat di SK Kerteh 5, Kejohanan Bola tampar peringkat PKG Kemasek telah berlangsung. Pasukan bola tampar perempuan telah mendapat johan peringkat PKG Kemasek manakala pasukan bola tampar lelaki tidak berjaya di suku akhir dan mendapat naib johan kumpulan. Tahniah kepada yang menang dan yang kalah cuba lagi tahun hadapan.
»»  read more

Wednesday 13 April 2011

PERASMIAN PRASEKOLAH SKSB 2

Encik Zakaria bin Muda, Guru Besar Encik Affandi bin Kamaruddin dan YM Syed Mohamad bin Tuan Sulong pengerusi PEWARIS Prasekolah sedang bersama ibu bapa murid prasekolah memotong kek hari lahir.
Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah JPNT Encik Zakaria bin Muda sedang menandatangani Plak Perasmian Prasekolah SKSB 2.

Encik Zakaria bin Muda sedang memotong ribon sebagai gimik perasmian Prasekolah SKSB 2.

Khamis 14 April 2011 , Majlis Perasmian Prasekolah SK Seri Bandi 2 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis bermula pukul 9.00 pagi dengan kehadiran ibubapa. 9.45 pagi ketibaan Penyelia Kanan Prasekolah, JPNT dan ketibaan Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah En. Zakaria bin Muda. Majlis diteruskan dengan bacaan doa, tayangan slaid, ucapan pengerusi PEWARIS Prasekolah YM Syed. Mohamad bin Tn. Sulong, ucapan guru besar En. Affandi bin Kamaruddin dan ucapan perasmian En. Zakaria bin Muda. Seterusnya majlis perarakan tetamu kehormat ke prasekolah sksb2 dengan iringan paluan kompang murid tahun 6 dan bunga manggar oleh murid prasekolah. Tiba di pintu gerbang prasekolah acara potong ribon dijalankan sebagai gimik perasmian. Kemudian lawatan dalam kelas prasekolah dan bacaan surah lazim oleh murid prasekolah. Seterusnya sambutan Hari Lahir Murid Prasekolah yang lahir bulan Januari hingga Mac. Acara seterusnya penyampaian cenderamata dan jamuan makan.
»»  read more

Saturday 9 April 2011

Perkhemahan Unit Beruniform antara Rumah Sukan 2011


Pelajar-pelajar sedang menjalani latihan kawad kaki

Pemasangan Khemah

Tanggal 8,9 dan 10 April 2011 satu perkhemahan unit beruniform antara rumah sukan SKSB 2 telah dijalankan di Kem Batalion ke-3 Rejimen 512 AW. Berbagai acara dipertandingkan seperti kem kraf, kawad kaki, masakan, lari berhalangan, ikatan, balutan dan persembahan malam bakat. Juara keseluruhan ialah rumah kuning.

»»  read more

Ceramah Motivasi PKG Kemasek

Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, Ph.D.

Pada 31 Mac 2011, 2.00 petang bertempat di Dewan SMK Kg. Baru Kerteh satu ceramah motivasi kepada pelajar cemerlang UPSR PKG Kemasek telah diadakan. Penyampai ceramah ialah Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, Ph.D. Seramai 12 pelajar cemerlang dari SKSB 2 telah dipilih, AJK PIBG dan Penyelaras UPSR.
Majlis dirasmikan oleh wakil Menteri Besar Terengganu iaitu Ir Rosli Othman ADUN Kemasek.

»»  read more

Monday 4 April 2011

Penyampaian hadiah dan cenderahati


Penyampaian hadiah kepada pemenang Naib Johan Bola Jaring Peringkat PKG Kemasek, Kemaman, Terengganu. Naib Johan adalah SK Seri Bandi 2.


Penyampaian Anugerah OTI 1 kepada pelajar yang mendapat kedudukan 1,2 dan 3 dalam kelas. Oleh guru besar SKSB 2

»»  read more

Aktiviti sepanjang bulan March 2011, Pertandingan Bercerita


Pertandingan Bercerita Tahap 2 oleh Nurafni bin Zulkifli dari tahun 6 Zamrud. Mewakili sekolah. Pertandingan di SK Ketengah Jaya.



Pertandingan Bercerita Tahap 1 oleh Farzana binti Mohd. Azlili dari tahun 3 Zamrud. Mewakili sekolah. Pertandingan di SK Ketengah Jaya.




»»  read more