Saturday 14 May 2011

Latihan Kebakaran 1 2011

Latihan Kebakaran 1 2011

10 Mei 2011, Selasa - Tepat jam 9.00 pagi siren kecemasan dibunyikan menandakan semua murid, guru dan kakitangan perlu segera meninggalkan bangunan sekolah untuk menyertai latihan kebakaran. Semua bilik dan kelas dalam sekolah perlu di kosongkan segera bila berlaku kecemasan. Semua warga SKSB 2 terlibat dalam latihan ini. Ucapan terima kasih dari Jawankuasa 3K sekolah kepada guru dan murid yang memberikan kerjasama. Kerjasama dari pekerja swasta dan sesetengah dari pegawai kerajaan amat diperlukan dalam Latihan kebakaran 2 kelak.

»»  read more

Pertandingan Silat peringkat Negeri Terengganu

Antara Juri yang terlibat dalam pertandingan

Pasukan Gendang Silat SKSB 2

13 Mei 2011, Jumaat- Pertandingan Silat peringkat negeri Terengganu dibawah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan dari 13-15 Mei 2011 bertempat di SMA Marang. Semua 8 buah daerah seluruh Terengganu telah menghantar peserta masing-masing. Pertandingan adalah dalam berbagai kategori. Kategori tempur lelaki dan perempuan sekolah rendah dan menengah, kategori seni tari lelaki dan perempuan sekolah rendah dan menengah, jurus wajib lelaki sekolah menengah dan jurus masal perempuan sekolah menengah serta muzik silat. Peserta yang memenangi kategori yang dipertandingkan akan layak mewakili Terengganu ke Sarawak untuk pertandingan peringkat kebangsaan. SK Seri Bandi 2 mewakili kemaman dalam pertandingan muzik silat dan mendapat tempat ketiga. Tiga orang murid telah menyertai kategori ini iaitu Ahmad Idham pemain gong, Mohd. Azril pemain gendang ibu dan Mohd. Adam Naim pemain gendang anak. Pasukan dari daerah Dungun mendapat juara keseluruhan. Tahniah kepada semua peserta yang berjaya dan yang tidak berjaya usaha lagi di tahun hadapan.
»»  read more

Sunday 8 May 2011

HARI SUKAN SKSB2 2011 KALI KE 7

PASUKAN RUMAH MERAH / BENDAHARA

PASUKAN RUMAH KUNING / LAKSAMANA
PASUKAN RUMAH BIRU / TEMENGGUNG
KETIGA-TIGA RUMAH SUKAN BERSEDIA UNTUK PERRARAKAN.

06 Mei 2011, Jumaat 2.30 petang bermula acara Sukan Tahunan SKSB 2 Kali Ke 7. Banyak acara dipertandingkan dari acara olaharaga hingga sukaneka. Rumah Merah mendapat tempat pertama diikuti Rumah Biru dan Rumah Kuning. Majlis berakhir pukul 6.30 petang. Hari Sukan pada kali ini mendapat gelaran 'BEST EVENT OF THE YEAR'.
»»  read more

SARINGAN TARIK TALI


Peserta Rumah Merah dan Rumah Kuning perempuan bersedia untuk memulakan perlawanan

03 Mei 2011, Selasa - Acara saringan tarik tali diadakan sebelum perlawanan akhir tarik tali pada hari sukan 06 Mei 2011 Jumaat. Rumah Kuning dan Rumah Biru lelaki dan perempuan layak ke perlawanan akhir.

»»  read more