Saturday 26 February 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKSB 2 2011

Perarakan Maulidur Rasul SKSB 2 2011 didahului dengan Kelas KKIBP bersama dengan GPK 1 Cikgu Mustaffar dan GPK HEM Cikgu Jamilah binti Suri

17 Februari majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah 2011 telah dijalankan dengan jayanya. Program bermula dengan murid-murid dan guru berkumpul di Dataran Cemerlang. Seterusnya bersedia dihadapan pejabat sekolah. Tepat pukul 8.30 pagi upacara perarakan Maulidurrasul dimulakan. Perarakan dimulakan dengan kelas PIPKP, prasekolah, rumah merah, kuning dan biru. Seterusnya majlis berlangsung dengan bacaan Al-Quran, persembahan murid prasekolah dan PIPKP, ceramah maulidurrasul, kuiz spontan, serta pertandingan hafazan tahap satu dan dua. Seekor lembu sumbangan NYDP PIBG SKSB 2 En. Mohd. Zaid bin Ariffin telah ditumbangkan untuk dijadikan juadah jamuan makan tengahari. Turut dijemput juga agensi kerajaan dan swasta sekitar Seri Bandi unutk menikmati jamuan.

— abuzgpbsksb2

»»  read more

JEMPUTAN KE KEJOHANAN OLAHRAGA SMK SERI BANDI

Peserta yang mendapat tempat kedua acara 4 X 100 meter terbuka perempuan

24 Februari 2011 Khamis - Kejohanan Olahraga SMK Seri Bandi menawarkan acara 4 X 100 meter terbuka lelaki dan perempuan. SK Seri Bandi 2 dijemput unutk menyertai acara tersebut. Keputusannya bagai acara 4 X 100 meter lelaki SKSB 2 mendapat tempat naib johan begitu juga 4 X 100 meter perempuan SKSB 2 mendapat naib johan. Tahniah kepada pemenang yang mengharumkan nama SKSB 2.

»»  read more

KEM KEPIMPINAN SKSB 2 2011

Aktiviti Malaysia Cergas di Pantai Marina, Kemaman
Para peserta menjalani latihan kawad kaki

Latihan asas tempur tanpa senjata

24 Februari 2011 Kahamis - Kem Kepimpinan bertujuan untuk melatih sifat kepimpinan pemimpin-pemimpin pelajar yang telah dilantik oleh pihak sekolah yang terdiri daripada pengaeas bestari, pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Kem ini telah dijalankan di Kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Bukit Kuang, Kemaman. Seramai 70 orang terlibat dalam Kem ini. Kem bermula pukul 2.00 petang hari Khamis 24 Februari hingga 2.00 petang Sabtu 26 Februari 2011. Salah seorang peserta kem ini bernama Mohd. Hanan bin Mat Ariffin seoran ketua kelas 4 Nilam mengatakan bahawa dia rasa gembira, seronok dan mendapat pengetahuan yang banyak dari kem ini.
»»  read more

Monday 21 February 2011

»»  read more

RENUNGAN

Tanda-Tanda Kematian  

100 hari sebelum hari mati.   
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya  akan disedari oleh 
mereka-mereka yang dikehendakinya.  Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat 
tanda ini cuma  samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku  lazimnya
selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut  sehingga ke hujung kaki 
akan mengalami getaran atau seakan-akan  mengigil.  Contohnya seperti daging lembu yang
baru disembelih dimana jika  diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging 
tersebut  seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar  dan 
berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka  getaran ini akan 
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan  kehadiran tanda ini. 
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau  mereka yang hanyut dengan kenikmatan 
tanpa memikirkan soal  kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah  peluang 
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk  mempersiapkan diri dengan amalan 
dan  urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.  

40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita  akan 
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita  akan gugur dari 
pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka  malaikat maut akan mengambil 
daun tersebut dan mula membuat  persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan 
mula mengikuti  kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan  
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka  yang terpilih 
ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.  Adapun malaikat maut ini wujudnya
cuma seorang tetapi kuasanya untuk  mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah 
nyawa yang akan  dicabutnya.     

7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah 
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera 
untuk makan.  

3 hari 
Pada ketika ini akan terasa  denyutan di bahagian tengah dahi kita  iaitu diantara dahi kanan dan kiri. 
Jika tanda ini dapat dikesan maka  berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita 
tidak mengandungi banyak najis  dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan 
memandikan kita nanti. Ketika  ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar 
lagi dan bagi orang yang  sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat 
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan 
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu  denyutan di sebelah 
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini  menandakan kita tidak akan sempat 
untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.  

Tanda akhir  
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan
satu keadaan sejuk  di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan  naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah  
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk  menjemput 
kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan  sekarang akan 
mematikan pula.  
 
PENUTUP 
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT  semuga
kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan  diberi 
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat 
persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari  Allah SWT mahupun 
dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang  piutang kita. 
Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha  berkuasa lagi pemurah 
lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu 
masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu  samada doa dari kita sendiri ataupun 
doa dari orang lain. Namun ianya adalah  ketentuan Allah SWT semata-mata.  
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita  diberi hidayah 
dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan  kesihatan tubuh badan dan 
juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari  keredhaan Allah SWT samada di dunia 
mahupun akhirat.  Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang  
salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.  
WALLAHUA`LAM  Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati  
hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian  kita. 
Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua.  
Insyallah mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita  
semakin hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal.  
Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri  saya sendiri 
dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah  kita ingat mengingat 
sesama kita selagi mampu. 

»»  read more

Sunday 13 February 2011

PROMOSI MENARIK MINAT PELAJAR MEMBACA

GPK 1 En. Mustaffar bin Abdullah memotong ribon sebagai gimik pelancaran NILAM SKSB 2 2011
Guru Kelas menerima buku program NILAM

Pada 14 Februari 2011 satu Majlis Pelancaran NILAM telah diadakan dengan jayanya. matlamat utama program ini ialah memupuk budaya membaca di kalangan pelajar dan meningkatkan kesedaran berkenaan peri pentingnya program NILAM di sekolah. Selain itu, ia sebagai satu usaha untuk mempromosikan Program NILAM disekolah, memantapkan lagi perlaksanaan program NILAM dan menjadikan budaya membaca adalah budaya warga sekolah. Majlis bermula pukul 11.45 pagi di Dewan Gemilang. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis Cikgu Saifulizam, bacaan doa oleh Ustaz Zulkifli, ulasan buku cerita bahasa melayu tahap 2 dan ulasan buku cerita bahasa Inggeris . Kemudian majlis diserikan dengan nyanyian lagu NILAM. Selepas itu Ucapan perasmian oleh GPK 1 Cikgu Mustaffar bin Abdullah. Diikuti dengan gimik pelancaran iaitu mengerat ribon dan kain rentang berkenaan NILAM terpapar. Majlis diteruskan dengan bercerita tahap 1 bahasa melayu dan bercerita bahasa Inggeris tahap 1. Seterusnya, penyampaian buku program NILAM kepada guru kelas oleh Pn. Jamilah binti Suri GPK HEM. Majlis berakhir pukul 12.45 tengahari. -abuzgpbsksb2
»»  read more

Saturday 12 February 2011

PERTANDINGAN CATUR SEKOLAH RENDAH DAERAH KEMAMAN 2011

Pertandingan catur peirngkat sekolah rendah telah diadakan di SMK Mak Lagam Kemaman. SKSB 2 telah menghantar 4 orang peserta iaitu Nur Afni bin Mohd. Zulkifli, Nur Fathean Nasuha binti Roslan, Muhammad Adam Naaim bin Rohazan dan Hamzah bin Yusof. Semua peserta telah mendapat sijil penyertaan.
»»  read more