Wednesday 25 August 2010

Boleh download logo satu malaysia

»»  read more

Saturday 21 August 2010

MUKA DEPAN SUARA SESDI 2010 EDISI 1 DAN SIDANG PENGARANG

Muka depan Suara Sesdi Edisi 1 2010

Sidang Pengarang
PENASIHAT
EN. AFFANDI BIN KAMARUDDIN
KETUA PENGARANG
ABU KASSIM BIN ALI
KOLUM RUANGAN KARYA
AHMAD NASIRUDDIN BIN RADZALY
JURUGAMBAR
ABU KASSIM BIN ALI
»»  read more

MAJLIS PENGANUGERAHAN NAME TAG KEPADA PENGAWAS PERCUBAAN

Cikgu Tajudin PK 1 sedang menyampaikan Name Tag Pengawas Percubaan kepada pelajar yang terpilih menjadi pengawas percubaan.

22 Ogos 2010 (Ahad) - Pengawas Percubaan SKSB 2 telah dilantik hari ini dan dengan rasminya dikalungkan name tag pengawas percubaan oleh PK 1 semasa perhimpunan mingguan sekolah. Seramai 18 orang yang dilantik terdiri dari pengawas PSS dan pengawas sekolah. Hanya 14 orang sahaja yang akan terpilih. Bagaimanapun Briged Bestari atau pengawas maklmal komputer dan pusat akses tidak dipilih tahun ini kerana mencukupi kuota pengawas. Guru besar berpesan agar pengawas percubaan 2010 bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawabnya.
»»  read more

MAJLIS PELANCARAN BLOG DAN SUARA SESDI SKSB 2 2010


PK1 SKSB 2 Cikgu Tajudin sedang memukul gong sebagai rasmi
Pelancaran Blog Sekolah dan Suara SESDI SKSB 2 2010
PK 1 Cikgu Tajudin sedang menyampaikan Suara SESDI kepada Pn. Roslina Hanafi mewakili guru kelas 1 Nilam disaksikan oleh En. Abu Kassim ketua pengarang Suara SESDI Edisi 1 2010.

19 Ogos 2010 (Khamis) - Satu majlis Pelancaran Blog Sekolah dan Suara Sesdi (majalah sekolah) telah diadakan di Dewan Gemilang. Majlis ini adalah anjuran Jawatankuasa Makmal Komputer dan Pusat Akses Sekolah yang dipengerusikan oleh En. Abu Kassim Bin Ali. Majlis bermula pada pukul 10.20 pagi dengan ucapan aluan pengerusi majlis iaitu Cikgu Abdullah bin Mohd. Nor. Seterusnya Ucapan Perasmian PK 1 Cikgu Tajudin mewakili guru besar yang tidak dapat hadir kerana mesyuarat. Acara berikutnya ialah Gimik Pelancaran iaitu pukulan gong oleh cikgu Tajudin. Seterusnya pembahagian suara SESDI cetakan berwarna kepada pihak pentadbir sekolah. Suara SESDI kemudiannya dibahagikan kepada pengerusi bilik-bilik khas dan guru-guru kelas untuk diletakkan didalam bilik masing -masing. Majlis bersurai pukul 10.50 pagi.
»»  read more

MAJLIS BERBUKA PUASA SK SERI BANDI 2 2010

Bacaan Doa oleh Ustaz Mohamad sebelum berbuka

16 Ogos 2010 (Isnin) - Majlis Berbuka Puasa adalah menjadi lumrah kepada agensi-agensi kerajaan atau swasta untuk diadakan. Justeru itu, SKSB 2 telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa anjuran sekolah dan Majlis Guru & Kakitangan SKSB 2. Majlis dimulakan dengan perjumpaan ibu bapa tahun 6 di Dewan Gemilang. Seterusnya ucapan Guru Besar dan penyampaian hadiah kepada pelajar dan ibu bapa tahun 6 yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan OTI. Seterusnya, bacaan doa selamat oleh Ustaz Mohamad guru KAFA SKSB 2. Bila tiba waktu berbuka semua hadirin dan hadirat mula menjamu selera. Majlis seterusnya ialah sembahyang maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan Yasin, solat Isyak berjemaah dan solat terawih. Majlis diakhiri dengan moreh dikantin sekolah.
»»  read more

Thursday 5 August 2010

HARI TERBUKA SKSB 2 2010

Berani -Adik Shafik sedang mencuba Flying Fox yang disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kerteh



Pada 09 Julai 2010 hari Jumaat SKSb 2 telah mengadakan aktiviti Hari Terbuka sempena menyambut ulang tahun sekolah ke 6. Masa diadakan aktiviti ini adalah dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di padang sekolah, Dewan Gemilang dan Dataran Terbilang. Aktiviti yang dijalankan ialah Jualan telefon Bimbit, buku, komputer, Avon, kerongsang, makanan, minuman dan sebagainya. Agensi-agensi kerajaan dan swasta turut terlibat mengadakan pameran seperti pasukan bomba, polis, pusat kesihatan, antidadah Kebangsaan, Ke tengah, Bank Islam dan Astro. Pameran dari SKSB 2 ialah pameran bilik-bilik khas. Ada juga gerai hiburan seperti gerai karaoke dan gerai lagu permintaan. Beberapa acara pertandingan turut dijalankan seperti Bayi Comel, Teka Kacang dan Teka Betik. Yang menarik minat pengunjung ialah gerai permainan seperti gerai dart, gerai kereta kawalan jauh, sepak bola dalam gol, baling tin dan Paintball. Pengunjung dianggarkan 1000 orang. Acara yang tidak kurang menarik minat pengunjung ialah terjun maut dan Flying Fox.

»»  read more