Saturday 24 April 2010

TEMPAT KEDUA DAERAH KEMAMAN DALAM PERADUAN MEWARNA

Nur Erna Suraya sedang menerima hadiah tempat kedua pertandingan mewarna sumbangan EPIC dari PK1 Encik Tajudin sambil diperhatikan oleh PK KOKO Pn. Maznah.

Adik Nur Erna Suraya mengharumkan nama SKSB 2 dengan memenangi Peraduan Mewarna Tahap 1 sempena PROGRAM JUARA RAKYAT peringkat daerah Kemaman bertempat di Padang Kg. Bukit Kuang, Kemaman, Terengganu pada 24 April 2010. SKSB 2 telah menghantar 10 orang peserta dari tahun 2 dan 3 bersama jurulatih merangkap guru pengiring iaitu Tn. Hj. Abu Kassim bin Ali dan En. Mohd. Shukri bin Bidin. Semua peserta dan guru pengiring mendapat cenderamata berupa makanan, minuman, tuala dan pensil warna sumbangan EPIC. Peraduan bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Dua kategori dipertandingkan iaitu Peraduan Mewarna Sekolah Tadika dan Peraduan Mewarna Tahap 1 Sekolah Rendah. 10 orang pemenang dari kedua-dua kategori telah dipilih dan adik Erna adalah salah seorang daripada pemenangnnya.
»»  read more

Tuesday 6 April 2010

MINGGU KESIHATAN SKSB 2 2010

Aktiviti Mewarna untuk murid tahap satu

Kuiz Kesihatan antara Rumah Sukan

Minggu Kesihatan SKSB 2 diadakan pada 5-8 Mac 2010. Aktiviti yang dijalankan adalah Majlis Perasmian pada 5 Mac 2010, Pemeriksaan kuku dan rambut pada 6 Mac 2010, Kuiz Kesihatan untuk tahap 2 dan Peraduan Mewarna untuk tahap 1 pada 7 Mac 2010 dan Ceramah Doktor Klinik Kesihatan Seri Bandi pada 8 Mac 2010. Rumah yang menang dalam acara Kuiz Kesihatan ialah rumah Laksamana, kedua Temenggong dan ketiga ialah rumah Bendahara. Pengendali program adalah Cikgu Mustafa bin Yusof.
»»  read more

OLAHARAGAWAN LELAKI SEKOLAH RENDAH DAERAH KEMAMAN 2010

Jaafar bin Rosin

SKSB 2 telah mencatat sejarah dengan anugerah yang diterima oleh atlit sukan sekolah Jaafar bin Rosin iaitu Olahragawan Lelaki Sekolah Rendah Daerah Kemaman. Jaafar juga telah mendapat pingat emas bagi acara 100 meter dan lompat jauh di sukan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kemaman di padang SMK Sultan Ismail pada 27,28,29 dan 30 Mac 2010. Tahniah kepada Jaafar. Semoga kejayaan ini membakar semangat atlit sukan SKSb 2 untuk terus menempa kejayaan.
»»  read more

MINGGU KESELMATAN SKSB 2 2010

Ketua balai Polis Ayer Jerneh sedang memberi ceramah mengenai Jenayah kepada pelajar-pelajar SKSB 2

Cikgu Zaini binti Sahul Hamid sedang memadamkan api dengan alat pemadam api.

30 Mac 2010 aktiviti Minggu Keselamatan diadakan untuk menyedarkan pelajar-pelajar tentang jenayah dan kebakaran. Polis Di Raja Malaysia telah memberikan input berkenaan jenayah melalui pegawainya Ketua Balai Polis Ayer Jerneh. Pameran berkenaan jenayah turut disediakan oleh pihak polis. Ceramah dan pameran ini diadakan dari pukul 10.20 pagi hingga 1.20 petang. Seterusnya pihak Bomba Kerteh turut mengadakan ceramah, pameran dan demonstrasi memadamkan kebakaran bermula pukul 2.30 petang hingga pukul 5.00 petang. Diharapkan aktiviti Minggu Keselamatan ini memberi pengetahuan dan kesedaran kepada guru dan pelajar SKSB 2.- Abu Kassim bin Ali Pengerusi 3K SKSB 2
»»  read more

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKSB 2 2010

Johan Persembahan Malam Bakat Rumah Temenggong

Aktiviti Lari Berhalangan



Perkhemahan Unit Beruniform SKSB 2 2010 telah diadakan pada 25, 26 dan 27 Mac 2010 bertempat di padang sekolah SKSB 2. Pada tahun ini kali pertama diadakan Perkhemahan Unit Beruniform secara Rumah Sukan iaitu rumah Temenggong, Bendahara dan Laksamana. Acara yang dipertandingkan ialah Kawad Kaki, Lari Berhalangan, Ikatan, Pertolongan Cemas, Persembahan Malam Bakat, Kraf tangan dan Masakan. Keseluruhannya rumah Bendahara(merah) mendapat tempat pertama, rumah Laksamana(kuning) kedua dan rumah Temenggong (biru) ketiga.
»»  read more