Sunday 28 February 2010

KEMPEN MAKAN BERADAB 2010

Gimik rasminya Kempen Makan Beradab dilakukan oleh GB SKSB 2 cikgu Affandi bin Kamaruddin dan diperhatikan oleh Penolong Kanan HEM Pn. Jamilah binti Suri

Tanggal 02.08.2010 masa 9.15 pagi hingga 10.20 pagi bertempat di Dewan Mulia dan kantin berlangsungnya Kempen Makan Beradab SKSB 2 2010. Tujuan kempen untuk menanamkan adab makan sebelum, semasa dan selepas makan di kalangan pelajar. Selain itu kempen ini bertujuan membuka minda pelajar tentang erti syukur mendapat makanan yang dikurniakan tuhan. Kempen ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kantin Sekolah 2010 yang dipengerusikan oleh Ustazah Embok binti Othman.- GPBSKSB2
»»  read more

Thursday 25 February 2010

Dengar Lagu Sekolah




Klik Link untuk dengar LAGU SKSB2
LAGU DAN LIRIK OLEH CIKGU AZAHA BIN ZAKARIA
»»  read more

Wednesday 24 February 2010

Dengar Surah As-Sajadah

»»  read more

Blog Silat SISWIRAMA SKSB 2

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan Seni Silat Wira Melayu Melaka SK Seri Bandi 2 Silalah berkunjung ke Blog ini http://siswirama.blogspot.com/
»»  read more

AKAN BERLANGSUNG KURSUS DALAMAN PERASA SKSB2 2010 DI BTP PORT DICKSON N. SEMBILAN

TARIKH KURSUS IALAH 03.03.2010 HINGGA 06.03.2010 DI BTP PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. BERTOLAK HARI RABU 03.03.2010 PUKUL 4.00 PETANG DIJANGKA SAMPAI PUKUL 11.00 MALAM. KURSUS BERMULA HARI KHAMIS HINGGA HARI JUMAAT DISELENGGARA OLEH UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING BTP PORT DICKSON. HARI SABTU MEMBELI BELAH DI NILAI KEMUDIAN BALIK KE TERENGGANU. SEMOGA KURSUS INI BERJAYA TANPA SEBARANG MASALAH.
»»  read more

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKSB 2 2010


Kumpulan Rumah Laksamana bersama Sepandok Mauliur Rasul.

Pengerusi PIBG SKSB 2 En. Badrul Hisham diiringi oleh Penolong Kanan 1 Cikgu Tajudin mengetuai acara Perarakan Maulidur Rasul SKSb 2 2010


TANGGAL 25 FEBRUARI 2010, HARI ISNIN MASA DARI PUKUL 8.00 PAGI HINGGA 9.30 PAGI. PERARAKAN ADALAH MENGELILINGI BLOKI F LEBIH KURANG 3 KM. KEMUDIAN DIADAKAN PERSEMBAHAN NASHID, HAFAZAN, TILAWAH DAN BERCERITA. JUGA CERAMAH MAULIDUR RASUL DARI USTAZ ZULKIFLI. AKHIR SEKALI IALAH ATIVITI JAMUAN MAKAN UNTUK MURID, GURU DAN TETAMU VIP. KAK ZIE PENIAGA KANTIN MENYUMBANGKAN SEEKOR LEMBU UNTUK JAMUAN INI. JOHAN PERARAKAN RUMAH TEMENGGONG.
»»  read more

KEMPEN 1 MURID , 1 BUKU DAN JOM KE PERPUSTAKAAN

Bertarikh 25 Februari 2009 hari Khamis masa 10.30 hingga 12.50 tengahari bertempat di Dewan Gemilang diadakan Kempen 1 Murid, 1 Buku dan Jom Ke Perpustakaan. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan peratus murid TahapJjauhari dari 46 % ke 70 % dan menghasilkan 10 orang rakan pembaca. Kumpulan Sasaran Kempen ini adalah murid tahun 1 hingga tahun 6. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti oleh ucapan Guru Media, ucapan Guru Besar gimik pelancaran Kempen NILAM . Seterusnya dadakan tTaklimat NILAM, Bicara Buku, Kuiz dan Penyerahan Fail Nilam serta Buku Bakul.
»»  read more

AKTIVITI PERTANDINGAN PANATIA AGAMA ISLAM 2010

Salah seorang peserta Hafazan

Pada 23 Februari 2010 hari Selasa hari aktiviti gerko diadakan minggu kegiatan Panatia Agama Islam. Aktiviti dipertandingkan di antara rumah-rumah sukan iaitu Rumah Temenggong(Biru), Bendahara(Merah) dan Laksamana(Kuning). Aktiviti tersebut ialah Pertandingan Hafazan, Tilawah, Nashid dan Bercerita. Rumah Bendahara mengungguli pertandingan ini dengan memenangi banayak kategori. Rumah Temenggong menjuarai Pertandingan Hafazan Lelaki. Rumah Laksamana mengungguli acara Nashid.
»»  read more